Wednesday, February 10, 2010

Ampet Hari Tigo Malam ( 4H 3M ) ket Bumi Minang

Ibnu hampir x jejaki kaki ke Bumi Minang dah... kerna gempa bumi di Padang,perasaan takut teramat sgt (dalam fikiran ibnu... hangus ler duit tambang) .. lebih2 lg bila member2 NGO yg ke Padang mengambarkan "teruk" nya kesan gempa bumi tu...

ntah camna ibnu terfikir bagaimana dgn Bukit Tinggi? teruk jgk ke? berbagai jawapan yg telah ibnu terima. tp semua nya mengambarkan keburukan.. sehingga lah ibnu nekad utk ke Bukit Tinggi.

ibnu cuba utk dptkan maklumat dr member2 kt sini tp meleset dan tidak mendpt sambutan dr member2 kt sini.. lalu ibnu cba melusuri blog2 serta search engine terkeluar nama hotel campago.. ibnu apalagi terus melayari laman web hotel dan terlihat icon YM "i'm online" lalu di ketik dan menunggu lalu mendpt jwpan dr pak taufiq yg merupakan ass manager kt hotel tu... lalu kami berbincang...ok ibnu x nk detailkan...

Hari Pertama 18 Januari 2010

Penerbangan Air Asia AK470 berlepas awal pg iaitu 7.50pg. Ibnu bermalam di rumah adik di Nilai..jam 4.30pg ibnu diikejutkan oleh panggilan telfon dr tetamu yg mengikuti pakej ibnu anjurkan..disebabkan kebimbangan ketinggalan flight, tetamu ibnu bertolak dr rumah di Puchong Perdana jam 4.30pg lg (ini kerana ibnu dah brief dierang check in 1 jam awal maknanya 6.30 mesti ada LCCT)..Ibnu bersama isteri dan adik ipar tiba di terminal LCC, KLIA tepat jam 6.30pg. 

Flight kami bertolak tepat jam 7.50 waktu malaysia dan tiba jam 8.05 pg waktu Indonesia (9.05pg waktu Malaysia)  Pemandangan Padang dari udara amat memukau jiwa kami. Sampai di Bandar Udara Minangkabau.. Ibnu membawa tetamu menggunakan SPK (Surat Perjalanan Kumpulan), semasa berurusan dgn pihak "imigresen" Indonesia, para ibu-ibu telah melakukan kesilapan dgn membenarkan pembawa barangan (sangkaan kami staf airport.. dalam hati wahh ada klas staf airport tolong bwk beg) akibatnya terpaksa ler kluarkan RP20,000 seorg utk upah tolak trolley sejauh 5 meter...hahaha.


kami disambut oleh Pak Id dgn senyuman lebar nya...hehe..seterusnya kami di bawa menaiki van Hyundai Arya menuju ke Bukit Tinggi... Ibnu tertanya-tanya mana gempa nya... mana hancurnya bangunan2 rumah2 seperti yg digembur-gemburkan.. bila di tanya pada Pak Id, beliau tersenyum lebar... "biasa pak..media suka besar2kan cerita" kata Pak Id.. Di sepanjang perjalanan Ibnu hanya nampak beberapa rumah lama dan tepi jalan terdpt sedikit kerosakan (merekah)..itu jer.. seterusnya kami singgah utk breakfast di rumah makan Puncak Kiambang.. maklum ler bru terasa lapar bila dh tiba kt sini.. pg td x terasa disebabkan keterujaan utk melancong.

selera kami terbantut bila melihat "kondisi" rumah makan tersebut..(x nk huraikan..hehehe). mungkin ok pada org kt sana tp bagi kami yg biasa dgn suasana Malaysia... Ibnu dan pak id memesan air kopi separuh (gelas kecil ler) sambil dihidangkan dengan lagu Minang.


Perjalanan kami di teruskan menghala ke Padang Panjang untuk ke Pusat Sulaman pertama iaitu Pusat Sulaman Mahligai, sebelum itu di perjalanan, kami akan melalui Pekan Sicincin yg terkenal dgn pasaran Telor Asin kemudian kami melalui Pasar Kayu Tanam.


Kami tiba di Pusat Sulaman Mahligai jam 11.00 pg.. kelihatan ibu-ibu sudah teruja melihat kehalusan sulaman dan apa lagi ibu-ibu terus melabur beberapa Ratus Ribu Rupiah  setiap org walau pun pak id terlebih awal memberi nasihat supaya meninjau-ninjau dulu harga kerana ada beberapa kedai sulaman lagi yg akan kami singgah. Kami menghabiskan masa selama 1jam 30mnt.


Destinasi seterusnya kami ke Rumah Makan Aie Badarun utk makan tengahari, kali ini masakan minang yg dihidangkan "kondisi" kali ini amat memuaskan bersih dan mewah. meja kami dipenuhi oleh lauk pauk.


Seterusnya kami ke Pandai Sikek untuk singgah di Pusat Sulaman Satu Karya dan Pak Datuk. para ibu-ibu nampaknya slow skit bebelanja..


Perjalanan di teruskan lagi ke Pusat Sulaman Linduang Bulan.. Ibnu mohon maaf terlupa remark nama lokasi Pusat tersebut. Di sini ibu-ibu kembali teruja dan melabur lagi rupiah yg ada..

Seterusnya ke Pusat Sulaman Cany... Program kami sepanjang hari ddipenuhi dgn aktiviti membeli belah... ibnu berasa lega bila melihat wajah ibu-ibu kegembiraan dan berpuashati..


Kami check in di hotel jam 7.00 ptg dan masing-masing kepenatan dan berehat di bilik. alhamdulillah program hari pertama Ibnu anjurkan berjalan lancar. 

Terus terang Ibnu amat kagum dgn keindahan di Bukit Tinggi yang berbeza suasananya di Malaysia. Sepanjang jalan Ibnu melihat beberapa penduduk meminta sedekah di tengah jalan, pada fikiran Ibnu mungkin kerana faktor kemiskinan rakyat di sana tetapi Ibnu terkejut dan kagum bila menghampiri "pengemis" kerna wang yg di minta adalah utk mengisi tabung Masjid yg berada di tepi jalan.. menurut  pak id (pemandu kami) penduduk di Bukit Tinggi hanya meminta derma utk Panti Asuhan, Masjid dan Surau.. utk makan rata-rata penduduk di sini mempunyai kolam ikan sendiri.


Gambar-gambar menarik hari pertama :